Sabtu, 04 September 2010
Sepanyol Rancang Pengharaman Burqa
Rabu, 16 Jun 2010 14:32

Dibawah cadangan undang-undang baru mengenai kebebasan beragama, kerajaan Sepanyol bercadang untuk mengharamkan pemakaian burqa di kawasan awam, jelas Menteri Keadilan semalam.

"Kami percaya bahawa perkara-perkara seperti burqa ini sukar untuk diselaraskan dengan kehormatan manusia terutama apabila ia menimbulkan masalah pengenalan atau pengecaman di tempat umum," kata Francisco Caamano kepada pihak wartawan.

Burqa ialah sejenis pakaian wanita Islam yang meliputi tubuh mereka.

Undang-undang baru ini termasuklah merangkumi beberapa simbol-simbol yang menghalang pengenalan di tempat umum untuk alasan keselamatan, kata Caamano.

Pada tahun 2008, Kerajaan Sosialis itu telah mengumumkan bahawa mereka sedang menyiapkan satu draf atau rang undang-undang mengenai kebebasan beragama yang akan memastikan jaminan terhadap kepelbagaian agama di negara yang majoriti penduduknya adalah Roman Katolik.

Surat kahabar El Pais pada hari Ahad lalu turut melaporkan bahawa undang-undang ini juga akan melarang paparan salib di sekolah-sekolah.

Ulasan ini dibuat sehari selepas Dato’ Bandar Barcelona, Jordi Hereu mengumumkan bahawa Sepanyol akan menjadi kota besar pertama yang melarang penggunaan burqa dalam bangunan awam.

Baru-baru ini, dua buah bandar di Wilayah Timur Laut Catalonia, Lerida dan El Venrell telah mengenakan larangan pemakaian burqa di bangunan-bangunan awam.  Sebagaimana Coin di Wilayah Selatan Andalusia, 2 buah kawasan lagi, Tarragona dan Gerona juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil langkah-langkah yang sama.

Proses Imigrasi dari negara-negara Muslim telah meningkat di Sepanyol sejak tahun 1990an, sementara Catalonia merupakan penempatan terbesar bagi penduduk yang berasal dari Pakistan. Jumlah mereka dianggarkan kira-kira 1 juta daripada 47 juta populasi rakyat Sepanyol. -AFP/Madrid