Sabtu, 04 September 2010
Islam Boleh Selamatkan Michael Jackson - Jermaine
Ditulis oleh admin   
Selasa, 29 Jun 2010 05:21

"Memeluk Islam boleh menyelamatkan nyawa legenda pop Michael Jackson", kata abangnya, Jermaine Jackson dalam satu wawancara yang akan disiarkan hari Khamis ini. Jermaine yang merupakan seorang Muslim mendakwa bahawa Michael sepatutnya meninggalkan Amerika Syarikat. Beliau bercakap kepada BBC sempena Ulang Tahun Pertama Memperingati Kematian Raja Pop pada hari Jumaat. Michael mati ketika umurnya 50 tahun kerana disyaki menerima preskripsi dos dadah yang berlebihan di rumah sewanya pada 25 Jun tahun lalu.  

Jermaine membuat kenyataan demikian kerana mendakwa bahawa apabila seseorang itu memeluk Islam semuanya akan menjadi tenang dan matlamat hidup menjadi lebih jelas. Kehidupan akan berubah dan menjadikannya lebih baik. Itulah yang dimaksudkan dengan kekuatan.   

Beliau menambah, "Allah Maha Berkuasa. Micheal masih lagi belajar. Dia membaca banyak buku-buku yang dibawa oleh saya dari Arab Saudi dan Bahrain". Jermaine mahu adiknya itu menetap di Bahrain dan meninggalkan Amerika Syarikat.  

Pada hari Jumaat ini, peminat-peminatnya dijangka akan memberikan penghormatan kepada mendiang Michael Jackson di Taman Memorial Forest Lawn, Pinggiran Glendale, Los Angeles yang dikatakan menempatkan keranda emas penyanyi itu.   

Jackson pernah memberitahu abangnya tidak melarang beliau untuk memeluk Islam.

"Semua pengawal keselamatannya telah memeluk Islam dan telah menyerahkan urusan hidup kepada Islam serta berusaha untuk menjadi manusia yang baik bukan kerana Michael Jackson tetapi kerana Allah," jelas Jermaine lagi.  "Maka, dengan wujudnya orang-orang seperti itu, maka ia akan dilindungi oleh Tuhan," tambah beliau lagi.

Setahun kematian Jackson adalah waktu yang sukar baginya. Sukar bagi Jermaine untuk menggambarkan perasaan itu setelah merasai sendiri pengalaman tersebut dan beliau tidak akan sama sekali melupakannya.

.