Isnin, 06 September 2010
Golongan 'Ekstremis' Mahu Artis Seks Direjam Sampai Mati
Selasa, 29 Jun 2010 05:53

Polis Indonesia telah memberitahu media pada hari Rabu yang lalu bahawa mereka terpaksa menahan dua artis yang didakwa terlibat dalam video seks yang disiarkan di internet setelah mendapati beberapa kumpulan 'ekstremis' Islam mengancam untuk merejam mereka dengan batu sehingga mati.

Pihak polis juga berjanji akan mengawal rumah artis-artis yang didakwa terlibat itu dan akan menahan kumpulan 'radikal' yang telah membuat ancaman tersebut. Penahanan Luna Maya, 29, dan Cut Tari, 32, adalah untuk perlindungan keselamatan mereka.

Seorang Ketua Detektif yang bernama Ito Sumardi memberitahu wartawan bahawa penahanan itu adalah untuk melindungi mereka daripada ancaman golongan 'radikal' yang dikatakan berang dengan isu tersebut.

Luna dan Cut adalah model dan penyampai televisyen di Indonesia didakwa terlibat dalam rakaman video seks bersama Nazril Ariel dari kumpulan Peterpan.

Ariel telah menyerahkan diri kepada pihak polis pada hari Selasa lalu, dan berkemungkinan akan dikenakan penjara sehingga 12 tahun sekiranya disabitkan kesalahan melanggar Undang-Undang Anti Pornografi 2008. Walaubagaimanapun, Ariel menafikan bahawa dia yang memuatkan klip-klip itu ke dalam internet.  

Klip-kilp video tersebut telah tersebar luas dalam kalangan 40 juta pengguna internet di Indonesia. Ia juga telah mencetuskan satu pendebatan hangat antara kebebasan internet dan sekatan terhadap teknologi maklumat di negara-negara majoriti umat Islam.  

Isu kontroversi tersebut telah menyebabkan kira-kira 1,000 golongan 'ekstremis' Islam mengadakan himpunan di ibu kota Jakarta untuk menuntut supaya artis-artis itu disebat dikhalayak umum dan direjam sampai mati kerana melakukan penzinaan.

Pada hari Rabu lepas pula, Kumpulan Pembela Islam yang anti terhadap golongan liberal, transeksual dan kelab-kelab malam telah mengugut untuk menyerang Luna Maya dan Cut Tari sekiranya mereka tidak ditahan dalam tempoh tiga hari. "Jika pihak polis gagal menahan mereka, kami akan menyerbu rumah mereka dan menyeret mereka ke ibu pejabat polis untuk ditahan," desak pengerusinya, Habib Salim bin Umar Alatas kepada AFP, sementara mendakwa kira-kira ratusan pengikutnya akan bersedia untuk melakukan kerja itu.

Habib juga tegas berkata, "Tindakan mereka telah menghina Islam dan memberikan impak buruk kepada moral generasi muda di Indonesia".