| Iran Sedia Bincang Program Nuklear Dengan Barat |
| Ditulis oleh admin | |||
| Isnin, 12 Julai 2010 07:37 | |||
|
TEHRAN (Reuters) – Iran bersedia kembali untuk mengadakan rundingan mengenai program nuklearnya dan mendesak Barat agar menghentikan tuduhannya terhadap Iran dan mengajak negara-negara lain untuk menyertai rundingan tersebut, kata Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada hari Isnin lalu. Dalam sidang akhbar pertama sejak Kongres Amerika Syarikat telah mempersetujui pendirian barunya, Ahmadinejad menafikan dakwaan CIA bahawa Iran mempunyai bahan nuklear yang mencukupi untuk menyediakan dua biji bom sekiranya program nuklearnya dipertingkatkan lagi. "Mereka begitu takut kemungkinan wujudnya dua biji bom tersebut? Sedangkan mereka mempunyai 20,000 bom dalam stok simpanan. Ini benar-benar mengejutkan," katanya. "Kami telah menjelaskan bahawa bom-bom atom tersebut adalah milik kerajaan. Apakah kegunaan bom tersebut?" Iran mempertahankan pengayaan uraniumnya bukan untuk tujuan perang sebaliknya adalah untuk kegunaan domestic seperti elektrik dan ubat-ubatan. Tehran menghentikan semua perbincangan program nuklearnya dengan Barat sejak Oktober lalu dan kembali berunding apabila mereka mahu untuk mengadakan perjanjian transaksi mengeksport uranium rendah sebagai tukaran kepada bahan keperluan yang lebih baik bagi untuk mengisi reaktor penyelidikan perubatan. Pada bulan Februari lalu, Iran telah mengumumkan bahawa mereka telah mula meningkatkan bahan tersebut sehingga tahap 20 peratus sekaligus ia membimbangkan negara-negara lain. Mereka mendakwa bahawa Republik Islam itu sedang mempertingkatkan kualiti bahan senjata nuklear. Ahmadinejad berkata Iran masih lagi ingin melakukan pertukaran bahan api berdasarkan perjanjian yang telah disepakati pada bulan Mei dengan Turki dan Brazil. "Kami masih lagi berminat untuk membeli 20 peratus bahan api yang telah dipertingkatkan daripada pasaran," katanya. Samada Tehran bersedia untuk mengakui bahawa mereka sudah mempunya uranium peringkat rendah yang cukup atau tidak, ia tetap menjadi kritikan dalam siri perbincangan yang akan diadakan pada masa hadapan kelak. Para diplomat Barat menyatakan bahawa jumlah amaun yang telah dipersetujui pada bulan Oktober lalu sudah tidak lagi relevan kerana stok simpanannya telah mempunyai lebih daripada cukup. Ahmadinejad menyatakan bahawa jumlah bahan api dalam pertukaran itu adalah bergantung kepada keperluan kami. “Kami tidak tahu mengapa mereka sentiasa mendesak Iran untuk menyerahkan apa sahaja yang kami hasilkan kepada mereka”, tambah beliau lagi Beliau juga meminta supaya kuasa-kuasa besar menjelaskan tiga perkara sebelum rundingan dijalankan iaitu mengenai sikap mereka terhadap dakwaan bahawa Israel mempunyai gudang senjata nuklear, pendirian mereka mengenai gencatan senjata nuklear peringkat global dan penerimaan mereka terhadap Iran samada sebagai kawan ataupun musuh. Iran dijangka bersedia untuk berunding pada penghujung bulan Ogos iaitu menjelang tamatnya Ramadhan. Kelewatan tersebut juga dianggap sebagai satu hukuman buat Barat. Negara-negara bebas yang mempercayai konsep keadilan dan saling hormat-menghormati ini boleh mengadakan apa-apa rundingan dengan Iran. Negara tersebut merujuk kepada Negara Turki dan Brazil yang telah mengundi menentang pendirian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
|