| Perjumpaan UMNO Dan PAS Tiada Masalah |
| Ditulis oleh admin | |||
| Isnin, 26 Julai 2010 03:04 | |||
|
Bukan menjadi satu masalah atau perkara pelik sekiranya pemimpin UMNO dan PAS bersemuka, bertemu, berbincang dan bertegur sapa. Sehingga hari ini, ramai pemimpin utama PAS mengaku pernah berjumpa dengan pemimpin UMNO dimana-mana sahaja untuk berbincang mengenai apa sahaja isu termasuk yang melibatkan kepentingan orang Islam atau masyarakat Melayu di Malaysia. Cuma, jika ingin membentuk perpaduan antara dua parti, itu yang tidak dibincangkan. Ini diakui oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob. Dialog atau pertemuan sesama Melayu dan Muslim bukanlah perkara yang asing. Malah, ia tidak perlu dihadkan antara kapasiti kerajaan dan kerajaan (government to government) semata-mata. Tertarik dengan pemimpin muda PAS yang juga anak kepada Mursyidul Am, Nik Mohd Abduh. Beliau menyatakan bahawa pertemuan dengan UMNO menjadi sensitif apabila PAS bersama-sama dengan pakatan pembangkang. Walhal, sudah ramai malah menjadi kebiasaan bertemu dan berbincang antara PAS dan UMNO. Lebih dikhuatiri sekiranya PAS dihinggapi sikap paranoid. Takut yang keterlaluan. Pembentukan kerjasama parti tidak mungkin akan terjadi sekiranya tidak mendapat pandangan dan persetujuan daripada ahli. PAS tidak mengamalkan kuasa veto. PAS tidak mengamalkan autokratik. Syura menjadi amalan murni yang sentiasa dipegang oleh PAS. Rujukan kepada keputusan muktamar-muktamar lalu bermaksud PAS akan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat selagi mana Islam dimartabat dan dipelihara dengan baik. PAS tidak akan membentuk kerajaan dengan UMNO. Tetapi, tiada ketetapan khusus untuk melarang ahli atau pimpinan PAS bertemu dengan UMNO. Dialog adalah medium perbincangan yang terbaik. Dialog bukan medan untuk membuat keputusan antara parti. Ia hanya sekadar untuk mengekspresi pandangan dan menyatakan pendapat terhadap rakan dialog. Oleh yang demikian, jangan sekali-kali menutup pintu dialog dengan sesiapa sahaja kerana ia merupakan jalan diplomasi yang terbaik dan berkesan.
|
Berita Terkini
- Nie Ching Patuh Amaran Larang Masuk Masjid Oleh MAIS
- Azmin Ada 'Kunci' Rahsia Anwar
- Hudud Tidak Semestinya Dilaksana – PAS
- Perkara 153 : Siasatan Terhadap Nurul Izzah Ke Peguam Negara
- Lapor Berita Berasaskan Fakta - Najib
- Zahrain Dakwa TMI Ada Kaitan Dengan Bendera
- Nasharudin Ketua Delegasi PAS Bincang Isu Dengan Pemimpin Indonesia
- Pendirian Anwar, PKR Berubah-Ubah
- Melayu Perlu Tegas - Khairy
- Gelaran Liong Sik, Oi Chooi Digantung
- Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 8 September
- Musa Hassan Tamat Kontrak