Sabtu, 04 September 2010
Kalimullah - DAP : Pertemuan Sulit?
Ditulis oleh admin   
Jumaat, 30 Julai 2010 02:40

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Yang DiPertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah kali ini mendesak seorang ahli perniagaan yang terkenal, Datuk Seri Kalimullah Hassan untuk memperincikan agenda pertemuan yang disifatkan sulit bersama dengan dua orang pemimpin atasan DAP iaitu Lim Kit Siang dan Tony Pua.

Azwanddin mempersoalkan motif utama pertemuan tersebut kerana ia menimbulkan keraguan yang jelas.

Sebelum ini, JMM telah mendedahkan penglibatan Kalimullah yang menaja kehidupan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin di London. Ia didakwa menginap di sebuah rumah yang didaftarkan atas nama ahli perniagaan tersebut, Helinna Hanum Dadameah.

Selain itu, Kalimullah juga dikatakan mempunyai kepentingan dalam syarikat Efficient E-Solutions Bhd dan Regalia Records Management Sdn Bhd yang didakwa membiayai portal alternatif The Malaysian Insider.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pertuduhan yang dilemparkan oleh JMM itu telah dinafikan oleh Kalimullah.

Azwanddin berkata bahawa pertemuan atau hubungan antara Kalimullah dan DAP menggambarkan seolah-olah mempunyai agenda besar yang boleh menggugat keharmonian serta perpaduan rakyat. -ANN