| Jika Boleh Dengan DAP, Mengapa Tidak Dengan UMNO? |
| Ditulis oleh admin | |||
| Jumaat, 30 Julai 2010 03:10 | |||
|
KUALA LUMPUR, 30 Julai - "Mereka hanya berbeza dari segi ideologinya sahaja dan bukan daripada segi anutan. Kalau PAS boleh duduk semeja dengan DAP yang terang-terangan menolak Islam, kenapa tidak boleh duduk semeja dengan UMNO yang hanya tidak mempraktikkan corak pentadbiran Islam sepenuhnya ditolak. Ini double standard," jelas Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad. Beliau yang nyata terkilan dengan sikap PAS berpandangan bahawa persamaan yang dikongsi oleh PAS dan UMNO adalah Islam. Kedua-dua parti tidak seharusnya meletakkan syarat kerjasama sekiranya ingin memastikan perpaduan tersebut berjaya, sebaliknya perlu memfokuskan kepada titik pertemuan dan bukannya titik perbezaan. Beliau melihat kesungguhan untuk menghulurkan tangan perpaduan hanya dilihat daripada sebelah pihak sahaja iaitu UMNO sebaliknya PAS masih berbelah bahagi kerana terdapat beberapa pimpinannya yang tidak cenderung kepada perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia. Beliau juga menasihati PAS, "Janganlah kerana perkara lama untuk menolak cadangan perpaduan dan tak perlu diungkit bahawa dahulu pernah ditipu oleh UMNO. Semua itu perlu diketepikan". Pandangan yang senada juga disuarkan oleh Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Irmohizam Ibrahim. Beliau mendakwa bahawa UMNO memperjuangkan hak Melayu dan Islam sepertimana yang terdapat dalam perlembagaan, dan begitu juga PAS memperjuangkan Islam. Titik pertemuan antara kedua-duanya telah jelas, dan ia perlu dilihat secara positif. Beliau berharap agar kerjasama perpaduan antara kedua-dua parti tersebut dapat dicapai dengan berpaksikan kepada bangsa dan agama. -ANN
|
Berita Terkini
- Nie Ching Patuh Amaran Larang Masuk Masjid Oleh MAIS
- Azmin Ada 'Kunci' Rahsia Anwar
- Hudud Tidak Semestinya Dilaksana – PAS
- Perkara 153 : Siasatan Terhadap Nurul Izzah Ke Peguam Negara
- Lapor Berita Berasaskan Fakta - Najib
- Zahrain Dakwa TMI Ada Kaitan Dengan Bendera
- Nasharudin Ketua Delegasi PAS Bincang Isu Dengan Pemimpin Indonesia
- Pendirian Anwar, PKR Berubah-Ubah
- Melayu Perlu Tegas - Khairy
- Gelaran Liong Sik, Oi Chooi Digantung
- Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 8 September
- Musa Hassan Tamat Kontrak