Sabtu, 04 September 2010
Syabas Tuntut RM1 Bilion
Ditulis oleh admin   
Jumaat, 30 Julai 2010 03:54

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.  Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.

“Syabas akan tuntut pampasan. Kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang. Ikut perjanjian konsesi, kami memang berhak ambil tindakan undang-undang,” katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam semalam.

Menurutnya, Syabas sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu. Bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas daripada Kerajaan Negeri.

“Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh Kerajaan Negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot,” katanya.

Beliau berkata, Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air, walaupun mengikut perjanjian, Syabas harus membayar sama rata.

Miang Koi berkata, akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana daripada bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya.

“Sejak Kerajaan Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah, tetapi tiada maklum balas daripada Kerajaan Negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula.

“Mereka nak lihat Syabas tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah. Walaupun terdapat pelbagai kekangan, Syabas masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna,” katanya.:

Menurutnya, bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menghadapi kekurangan dari 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal.

“Sekarang hanya ada rizab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak.

“Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rizab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rizab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menggalakkan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON97 yang tidak bersubsidi.

“Lepas ini, mereka datang beli RON97 lagi banyak lagi negara untung kerana minyak ini tiada subsidi,” katanya.

 

- Bernama

 

Video

VIDEO TERKINI
pchasanali
Skim Qard Ul Hasan bakal dilancarkan bulan depan
21 Julai 2010
ahmadmaslan1
Eksklusif bersama Datuk Ahmad Maslan "Isu Perpaduan"
21 Julai 2010
pemudselico2
Skandal Pegawai tertinggi di Selangor - K.Pemuda Pas Sel
13 Julai 2010
ki
Ini satu pembaharuan, satu inovasi.- Khalid Ibrahim
29 Jun 2010
am
Jawapan berhubung GSA - Ahmad Maslan
16 Jun 2010

Lagi...

 

 

 

facebook