| Ketepikan Sentimen Politik, Wujudkan Perpaduan Islam - JAKIM |
| Ditulis oleh admin | |||
| Khamis, 29 Julai 2010 03:03 | |||
|
PUTRAJAYA, 29 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong usaha-usaha ke arah kerjasama parti UMNO dan PAS bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu Islam di Malaysia. JAKIM merupakan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab membangun, mendidik dan menjaga kepentingan umat Islam negara ini. Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, beliau berpendapat kerjasama antara kedua-dua parti ini seharusnya diselesaikan dengan baik dikalangan pimpinan atasan. Ia bagi memastikan kerjasama tersebut dapat dijalankan dengan baik tanpa sebarang kecelaruan. Walaubagaimanapun, beliau turut memberikan pandangan mengenai hasrat Mufti Perak untuk menjadi pengantara kepada UMNO dan PAS bagi membincangkan isu kerjasama demi kemaslahatan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Beliau berharap agar Tan Sri Harussani dapat melibatkan pimpinan atasan agar mesej yang akan disampaikan lebih jelas dan dapat memberikan impak yang dikehendaki. Wan Mohamad menyeru semua pimpinan politik PAS dan UMNO dapat mengenepikan sentimen politik dan ikhlas menjalinkan kerjasam demi kepentingan bangsa, agama dan negara. -ANN
|
Berita Terkini
- Nie Ching Patuh Amaran Larang Masuk Masjid Oleh MAIS
- Azmin Ada 'Kunci' Rahsia Anwar
- Hudud Tidak Semestinya Dilaksana – PAS
- Perkara 153 : Siasatan Terhadap Nurul Izzah Ke Peguam Negara
- Lapor Berita Berasaskan Fakta - Najib
- Zahrain Dakwa TMI Ada Kaitan Dengan Bendera
- Nasharudin Ketua Delegasi PAS Bincang Isu Dengan Pemimpin Indonesia
- Pendirian Anwar, PKR Berubah-Ubah
- Melayu Perlu Tegas - Khairy
- Gelaran Liong Sik, Oi Chooi Digantung
- Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 8 September
- Musa Hassan Tamat Kontrak