Sabtu, 04 September 2010


Zahrain Dakwa TMI Ada Kaitan Dengan Bendera
Ditulis oleh admin   
Jumaat, 03 September 2010 03:16

KUALA LUMPUR, 3 September - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa dan mencabar Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider (TMI), Jahabar Sadiq mendedahkan hubungannya dengan beberapa pimpinan Bendera di Indonesia.

Beberapa orang perusuh yang dikatakan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) telah melakukan beberapa siri demonstrasi termasuk membakar dan memijak jalur gemilang. Mereka juga telah melancarkan beberapa kempen "Sweeping Malaysia" dan "Ganyang Malaysia" sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan ketakutan dikalangan rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia.

Zahrain mendesak Jahabir mesti mendedahkan hubungan tersebut bagi mengelakkan unsur pengkhianatan dilakukan ke atas Malaysia.

“Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun", dakwa bekas pemimpin PKR itu.

Hubungan tersebut mungkin ada kaitan dengan siri-siri provokasi yang dilakukan oleh Bendera tersebut. -ANN 

 
Masjid WTC: Perikatan Dibentuk
Ditulis oleh admin   
Jumaat, 27 Ogos 2010 02:52

NEW YORK 26 Ogos – Pertubuhan- pertubuhan Islam, Yahudi, Kristian dan sivik membentuk sebuah perikatan semalam untuk menyokong rancangan bagi membina sebuah pusat kebudayaan Islam dan masjid dekat tapak runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di bandar raya ini.

Projek tersebut mendapat tentangan keras daripada ahli politik konservatif dan sebilangan penduduk yang menganggap lokasinya sebagai tidak sensitif terhadap perasaan ahli keluarga kepada hampir 3,000 orang yang terbunuh dalam serangan pada 11 September 2001 itu.

Bagaimanapun perikatan yang baru dibentuk itu terdiri daripada lebih 40 pertubuhan agama dan sivik, New York Neighbours for American Values berkata, perbahasan berhubung projek itu menimbulkan perasaan takut serta perpecahan dan mereka akan berjuang supaya kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan Amerika dipertahankan.

“Kita bukan diserang oleh dunia Islam. Kami menyokong 100 peratus pembinaan pusat kebudayaan Islam di New York City,” kata Donna O’Connor, jurucakap untuk sebuah pertubuhan bagi ahli keluarga mangsa serangan 11 September. Anak perempuan O’Connor yang hamil terbunuh dalam serangan di WTC.

Perbahasan itu merebak ke peringkat kebangsaan menjelang pilihan raya separuh penggal pada November ini apabila Parti Republikan bertekad untuk merampas penguasaan ke atas Kongres daripada Parti Demokrat.

Di New York, pemandu teksi yang ramai antaranya beragama Islam mengaitkan kontroversi tersebut dengan serangan ke atas seorang rakan mereka.

Pemandu teksi berasal dari Bangladesh, Ahmed Sharif, 43 berkata, leher, muka dan bahunya dikelar semalam oleh seorang penumpang yang bertanya sama ada dia beragama Islam dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Polis berkata, serangan itu sedang disiasat sebagai jenayah berunsur kebencian dan seorang lelaki kulit putih berusia 21 tahun ditangkap dan menghadapi beberapa tuduhan termasuk percubaan membunuh serta menyerang.

Akhbar New York Times melaporkan, suspek bekerja sebagai sukarelawan di Intersections International, sebuah pertubuhan yang berusaha untuk memupuk persefahaman antara budaya dan yang menyiarkan satu kenyataan pada bulan ini untuk menyokong projek pusat kebudayaan Islam itu.

Pengarah eksekutif Perikatan Pekerja Teksi New York, Bhairavi Desai berkata, kontroversi berhubung projek tersebut menyebabkan penduduk Islam di New York, termasuk para pemandu teksi, berada dalam keadaan terancam.

“Kami percaya keganasan seperti ini secara langsung berpunca daripada suasana yang dicetuskan oleh kejahilan dan perbuatan menakut-nakutkan orang,” kata Desai. – Reuters

 
Serangan Di Mogadishu: Penghinaan Kepada Umat Islam - PBB
Ditulis oleh admin   
Khamis, 26 Ogos 2010 02:51

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 26 Ogos - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon semalam mengecam serangan maut ke atas sebuah hotel di Mogadishu sebagai satu penghinaan kepada orang islam.

"Serangan pada bulan Ramadan ini, satu penghinaan kepada orang islam dan pencinta kedamaian di merata tempat.

"Ia menyedihkan namun mengingatkan tanggungjawab bersama kita untuk menyokong kerajaan Somalia bagi membawa kestabilan kepada negara yang musnah akibat perang," kata Ki-moon.

Dalam serangan kelmarin itu, dua penyerang kumpulan militan Shebab, melepaskan tembakan bertali arus ke dalam sebuah hotel di Mogadishu yang menyebabkan 33 terbunuh, sebelum bertindak meletupkan diri mereka. - AFP

 
Bintang Bola Sepak Iran Disingkir
Ditulis oleh admin   
Khamis, 19 Ogos 2010 03:44

Pemain bola sepak terkenal Iran, Ali Karimi atau juga dikenali sebagai “Maradona Asia,” telah disingkir daripada kelabnya kerana tidak berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Penyingkirannya itu disahkan melalui laman portal Steel Azin FC (www.steelazin.com). Kelab tersebut memberitahu bahawa terpaksa menyingkir Ali Karimi kerana tidak menghormati serta tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

Ali Karimi,31 pernah dianugerahkan Pemain Terbaik Asia 2004. Diperingkat pasukan kebangsaan Iran, Ali Karimi berada pada posisi ketiga terbanyak yang menjaringkan gol sepanjang penglibatannya bersama skuad kebangsaan itu. Setakat ini, beliau adalah pemain kedua terbanyak yang dipilih turun menyertai perlawanan diperingkat antarabangsa.   

Berita turut melaporkan bahawa beliau juga bertengkar dengan pegawai-pegawai bola sepak Iran termasuklah pengurusnya mengenai isu ini.

Walaubagaimanapun, Ali Karimi menafikan perkara tersebut ketika ditanya oleh wartawan agensi berita ISNA. Beliau berkata, "I am Muslim and I believe in religious questions,". Beliau turut menafikan bertengkar dan menghina pegawai-pegawai pasukan tersebut.

Penyingkirannya dilakukan setelah Ali mengkritik mutu pengurusan pengarah urusan kelab berkenaan yang juga bekas Revolutionary Guards Iran, Mostafa Ajorlou..

Pada masa yang sama ISNA mendedahkan bahawa Pengerusi Kelab Steel Azin FC, Hossein Hedayati tidak mengetahui mengenai keputusan tersebut.

 

 

 

.

 

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Seterusnya > Tamat >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL